Bahan-Bahan:
* 200g hati ayam-potong pada saiz disukai-cuci bersih dan toskan
* Kacang panjang-potong dalam 1.5inci
* 2 tangkai cili merah*
* 5-10 cili padi*
* 3 Ulas bawang merah*
* 2 Ulas bawang putih*
* 1/2 labu bawang besar*
* 0.5cm halia*
* 2-3 asam gelugor/1 sudu makan jus pekat asam jawa
* Kicap pekat secukupnya-sue guna ayam brand
* Garam dan perasa secukupnya
* 1/3 cawan minyak masak untuk menumis
Cara-Cara:
1. Bahan bertanda * ditumbuk lumat-sue letak dalam pengisar bahan kering n kisar terus jer
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
3. Masukkan hati ayam dan perlahankan sedikit api. Kacau perlahan untuk mengelakkan hati ayam terlampau hancur.Biarkan jus hati tu keluar supaya hati ayam kurang hanyir.Masukkan asam gelugor/jus asam jawa.
4. Setelah itu,tambahkan sedikit air dan masak sehingga hati ayam benar2 masak..
5. Pastikan air sudah garing sebelum masukkan kacang panjang,garam,perasa..Masukkan juga cili yang dihiris seperti dalam gambar sebagai penyeri masakan.Kacau rata
6. Sebatikan rasa dan padamkan api setelah kacang masak..Selamat mencuba
Note : Jika tak mahu hati ayam tuh hancur,boleh lah direbus dahulu bersama
sedikit garam yer.