CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Sunday, February 21, 2010

Ayam Kurma


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
1 biji santan kelapa (diambil santanya)
1 paket kari kurma
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit buah keras dan sedikit air asam jawa
1 1/2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bawang besar

CARA MEMBUAT :

1. Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan kari kurma, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Gorengkan bahan-bahan tadi selama dua minit.

2. masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit. setelah air ayam hampir kering, masukkan santan, sedikit garam dan air asam jawa tadi dan kacau hingga mendidih.

3. Setelah itu masukkan bawang besar yang dipotomg empat dan buahkeras yang ditumbuk.

4. Setelah semua bahan dimasukkan biarkan hingga 20 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Thursday, January 28, 2010

Hati Ayam Goreng















Bahan-Bahan:

* 200g hati ayam-potong pada saiz disukai-cuci bersih dan toskan
* Kacang panjang-potong dalam 1.5inci
* 2 tangkai cili merah*
* 5-10 cili padi*
* 3 Ulas bawang merah*
* 2 Ulas bawang putih*
* 1/2 labu bawang besar*
* 0.5cm halia*
* 2-3 asam gelugor/1 sudu makan jus pekat asam jawa
* Kicap pekat secukupnya-sue guna ayam brand
* Garam dan perasa secukupnya
* 1/3 cawan minyak masak untuk menumis

Cara-Cara:

1. Bahan bertanda * ditumbuk lumat-sue letak dalam pengisar bahan kering n kisar terus jer

2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 dikisar tadi sehingga naik bau dan garing

3. Masukkan hati ayam dan perlahankan sedikit api. Kacau perlahan untuk mengelakkan hati ayam terlampau hancur.Biarkan jus hati tu keluar supaya hati ayam kurang hanyir.Masukkan asam gelugor/jus asam jawa.

4. Setelah itu,tambahkan sedikit air dan masak sehingga hati ayam benar2 masak..

5. Pastikan air sudah garing sebelum masukkan kacang panjang,garam,perasa..Masukkan juga cili yang dihiris seperti dalam gambar sebagai penyeri masakan.Kacau rata

6. Sebatikan rasa dan padamkan api setelah kacang masak..Selamat mencuba


Note : Jika tak mahu hati ayam tuh hancur,boleh lah direbus dahulu bersama
sedikit garam yer.

Related Posts with Thumbnails