CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 6, 2010

Udang Goreng Kunyit


BAHAN-BAHAN :

3 biji bawang putih(ditumbuk halus)
1/2kg udang
1 sudu besar serbuk kunyit
1 cawan minyak masak
2 keping daun limau(untuk lebih wangi)

CARA MEMBUAT:

*Udang diperap dengan bawang putih dan serbuk kunyit.
*Kemudian goreng tanpa minyak selama 5 minit.
*Masukkan daun limau perut sekali.
*Apabila sudah kering baru masukkan minyak masak.

Udang Masak Lemak Cili Api


BAHAN-BAHAN:

30 biji cili api (cili padi)
3cm kunyit hidup
1 mangkuk santan pekat
300ml santan cair
Garam secukup rasa
1 batang serai
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit
1/2kg udang saiz sederhana
200gm kacang buncis

CARA MEMBUATNYA:

*Kisar cili padi bersama kunyit sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk.
*Masukkan santan ke dalam priuk dan masak dengan api sederhana.
*Masukkan garam secukupnya.
*Masukkan serai yang sudah diketuk.
*Masukkan asam keping dan biarkan mendidih.
*Hiris daun kunyit dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian masukkan udang.
*Biarkan masak dan kemudian masukkan kacang buncis.

Sunday, February 21, 2010

Ayam Kurma


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
1 biji santan kelapa (diambil santanya)
1 paket kari kurma
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit buah keras dan sedikit air asam jawa
1 1/2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bawang besar

CARA MEMBUAT :

1. Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan kari kurma, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Gorengkan bahan-bahan tadi selama dua minit.

2. masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit. setelah air ayam hampir kering, masukkan santan, sedikit garam dan air asam jawa tadi dan kacau hingga mendidih.

3. Setelah itu masukkan bawang besar yang dipotomg empat dan buahkeras yang ditumbuk.

4. Setelah semua bahan dimasukkan biarkan hingga 20 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Sayur Goreng Dengan Belacan


BAHAN A

10g cili boh
2g belacan
5g udang kering
5g cili merah (dikisar)
5g bawang putih

BAHAN B

80g bendi
120g terung
120g kacang botol
80g petai

BAHAN C

Cili merah
Bawang besar
__________________________

CARA MEMBUAT :

1. Tumis kesemua bahan A sehingga pecah aromanya.
2. Masukkan bahan C dan goreng kesemua bahan-bahan tersebut selama 3 ke 5 minit, siap untuk dihidangkan.

Wednesday, February 17, 2010

Daging Masak Kicap


BAHAN-BAHAN :

300 gram daging-dipotong nipis-nipis
2 biji ubi kentang-dipotong dadu
1 batang lobak merah-dipotong dadu
1 biji bawang besar-dihiris
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
2 cawan air
Sedikit garam

CARA MEMBUAT :

1. Daging digaulkan dengan garam, lada hitam dan kicap. Perapkan selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dan masak daging hingga kering airnya.
3. Tuangkan air serta masukkan bunga cengkih, biarkan sehingga daging empuk.
4. Masukkan ubi kentang serta lobak merah, kacau biar rata masukkan bawang besar.
5. Akhir sekali tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.

Ikan Singgang














BAHAN-BAHAN :

1 kg ikan tongkol atau kembung
10 ulas bawang putih (dimayang)
Lengkuas sebsar ibu jari (dimayang)
6 keping asam keping
1 keping manisan
10 biji cili padi
5 biji cili hijau
10 biji kacang bendi
Garam dan budu secukup rasa
Air secukupnya


CARA MEMBUAT:

1. Ikan dibersihkan dan dipotong
2. Masukkan bawang putih, lengkuas, asam keping, manisan, garam, budu dan air berserta ikan lalu dimasak dengan api yang sederhana.
3. Setelah mendidih, masukkan cili api, cili hijau dan bendi untuk bahan tambahan. Sedia dihidangkan.

Thursday, January 28, 2010

Hati Ayam Goreng















Bahan-Bahan:

* 200g hati ayam-potong pada saiz disukai-cuci bersih dan toskan
* Kacang panjang-potong dalam 1.5inci
* 2 tangkai cili merah*
* 5-10 cili padi*
* 3 Ulas bawang merah*
* 2 Ulas bawang putih*
* 1/2 labu bawang besar*
* 0.5cm halia*
* 2-3 asam gelugor/1 sudu makan jus pekat asam jawa
* Kicap pekat secukupnya-sue guna ayam brand
* Garam dan perasa secukupnya
* 1/3 cawan minyak masak untuk menumis

Cara-Cara:

1. Bahan bertanda * ditumbuk lumat-sue letak dalam pengisar bahan kering n kisar terus jer

2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 dikisar tadi sehingga naik bau dan garing

3. Masukkan hati ayam dan perlahankan sedikit api. Kacau perlahan untuk mengelakkan hati ayam terlampau hancur.Biarkan jus hati tu keluar supaya hati ayam kurang hanyir.Masukkan asam gelugor/jus asam jawa.

4. Setelah itu,tambahkan sedikit air dan masak sehingga hati ayam benar2 masak..

5. Pastikan air sudah garing sebelum masukkan kacang panjang,garam,perasa..Masukkan juga cili yang dihiris seperti dalam gambar sebagai penyeri masakan.Kacau rata

6. Sebatikan rasa dan padamkan api setelah kacang masak..Selamat mencuba


Note : Jika tak mahu hati ayam tuh hancur,boleh lah direbus dahulu bersama
sedikit garam yer.

Wednesday, January 27, 2010

Ikan Terubuk Masak Lemak Cili Padi









bahan-bahan:

ikan terubuk - sekor. belah tengah.
santan (segera/original)
nenas yang dipotong segi
cili padi beberapa biji (ikut nak pedas macamana) - tumbuk
kunyit hidup 2 inci - tumbuk
serai - tumbuk
garam sesedap rasa.


cara-cara:

1. Masuk ikan,nenas serta semua bahan yg ditumbuk dlm periuk.
2. Masukkan santan 1 packet.
3. Didih sampai la masak....
4. Bubuh garam jgn lupa.

P/s: selamat mencuba!

Gulai Tempoyak Ikan Kembung














Bahan-Bahan:

1 kg ikan kembung (dipotng dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai
10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

Cara:

*Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.

*Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.Masukkan serbuk kunyit dan garamApabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

Related Posts with Thumbnails